BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Pertumbuhan Industri Pusat Data Perlu Dirancang Secara Strategik Bagi Tarik Pelaburan Berkualiti - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.

Menerusi platform X, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini berkata beberapa perkara perlu diteliti khususnya cabaran serta kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber.

“Mesyuarat turut meneliti Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK) yang bertujuan memastikan sumber digunakan dengan lebih cekap, mengurangkan pembaziran serta menggalakkan penggunaan semula produk dan bahan selama mungkin sebelum menjadi sisa,” kata beliau.

Ad Banner

Anwar berkata pelaksanaannya memerlukan penyelarasan berkesan antara sektor, kementerian dan agensi bagi memastikan pendekatan ekonomi kitaran dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner