BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada 9.40 pagi, kontrak Oktober 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,609.0 mata, November 2026 naik 4.0 mata kepada 1,611.0 mata, Disember 2026 meraih 3.5 mata kepada 1,617.0 mata manakala kontrak Mac 2027 menokok 4.0 mata kepada 1,600.0 mata.

Jumlah dagangan sebanyak 1,610 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 40,075 kontrak.

Ad Banner

Selepas 52 minit dagangan dijalankan, FBM KLCI meningkat sebanyak 0.19 mata kepada 1,608.33 mata berbanding paras penutup Khamis pada 1,608.14 mata.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner