BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bil pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027:  RM2.3 bilion diperuntukkan untuk bina dan selenggara kuarters penjawat awam termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027: Bantuan kepada OKU meningkat kepada RM1.5 bilion, manfaatkan lebih 300,000 orang | Belanjawan 2027: Bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion, manfaatkan hampir 200,000 penerima | 

Kerajaan Akan Bentang RUU E-Dagang Untuk Melindungi Peniaga Kecil - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang sebagai usaha untuk memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerajaan segera meneliti langkah  perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada persaingan tidak adil, selain turut  memastikan barangan yang dibeli oleh rakyat adalah selamat.

"Kerajaan memandang serius keresahan peniaga kecil dengan kewujudan syarikat e-dagang asing yang  menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan  penguatkuasaan," kata beliau.

Ad Banner

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan MADANI Kelima yang bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner