BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Kerajaan setuju perkenal semula klausa perubahan harga khusus untuk menampung kenaikan kos diesel dan bitumen | Belanjawan 2027: TNB labur RM15 bilion perkukuh Grid Nasional bagi menjamin kelangsungan permintaan elektrik negara | Belanjawan 2027: Kerajaan, MAHB sedia RM1.1 bilion tambah baik jalan kawasan pelabuhan, lapangan terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan, Pulau Pinang serta STOLport Long Banga dan Ba'Kelalan, Sarawak | Belanjawan 2027: Bantuan Awal Persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid, seramai 5.3 juta murid layak menerima dengan peruntukan RM1 bilion | Belanjawan 2027: Hampir RM1.3 bilion disediakan bagi naik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak | 

Belanjawan 2027 Dianggarkan RM459.8 Bilion, Naik 3.6 Peratus - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menganggarkan Belanjawan 2027 pada RM459.8 bilion, meningkat 3.6 peratus daripada peruntukan tahun 2026 yang disemak semula dan bersamaan dengan 19.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kerajaan menyemak semula Belanjawan 2026 kepada RM441.1 billion daripada RM419.2 bilion, susulan pelarasan keutamaan perbelanjaan dan keperluan fiskal sepanjang tahun, menurut MoF dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027 dikeluarkan hari ini.

Bagi peruntukan Belanjawan 2027, RM376.8 bilion atau 81.9 peratus diperuntukkan kepada perbelanjaan mengurus (OE) manakala baki RM83 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan (DE).

Ad Banner

Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada projek dan program berpaksikan rakyat dengan 30.2 peratus daripada jumlah peruntukan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan.

 

Peruntukan Untuk OE 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner


“Penerima bahagian terbesar adalah sektor sosial sebanyak RM161.6 bilion (35.1 peratus) daripada jumlah peruntukan menggambarkan keutamaan berterusan kerajaan terhadap pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Agihan ini diikuti oleh sektor ekonomi (RM59.4 bilion;12.9 peratus), keselamatan (RM46 billion; 10 peratus) dan pentadbiran am (RM23.4bilion; 5.1 peratus), baki RM169.4 bilion terdiri daripada perbelanjaantanggungan dan bayaran pindahan," menurut laporan itu.

Kementerian itu menjelaskan peruntukan OE adalah mewakili 16.2 peratus daripada KDNK iaitu meningkat 3.8 peratus berbanding Belanjawan 2026 yang telah disemak semula.

Peningkatan ini disumbangkan oleh peruntukan lebih tinggi bagi emolumen, bayaran persaraan, Bayaran Khidmat Hutang (DSC) serta perkhidmatan dan bekalan.

MoF turut menekankan bahawa emolumen kekal sebagai komponen terbesar OE, mewakili 29.6 peratus atau RM111.6 bilion dan peruntukan ini diunjur meningkat sebanyak 2.929.6 peratus disebabkan oleh kenaikan gaji tahunan.

Bagi peruntukan subsidi dan bantuan sosial, ia diunjur berkurang secara marginal sebanyak 2.3 peratus kepada RM72.7 bilion, merangkumi 19.3 peratus daripada jumlah OE.

MoF menegaskan bahawa DSC diunjur meningkat 6.5 peratus kepada RM61 bilion merangkumi 16.2 peratus daripada jumlah OE dengan bayaran khidmat hutang domestik membentuk 98.4 peratus daripada jumlah tersebut.

 

Peruntukan Untuk DE


Peruntukan DE diunjur sebanyak RM83 bilion pada 2027, termasuk peruntukan kepada sekitar 1,500 program dan projek baharu diluluskan.

“Sektor ekonomi terus menerima bahagian terbesar iaitu 45.4 peratus diikuti oleh sektor sosial (33.7 peratus), keselamatan (14.7peratus) dan pentadbiran am (6.2 peratus),” kata MoF.

Kerajaan kekal komited untuk memperuntukkan DE sekurang-kurangnya tiga peratus daripada KDNK, sejajar dengan keperluan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta850].

Pada masa sama, sejumlah RM37.7 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk memperkukuh daya saing negara melalui peluasan infrastruktur strategik dan galakan aktiviti pelaburan.

Peruntukan Belanjawan turut disediakan kepada pelbagai subsektor dengan subsektor pengangkutan menerima RM17.6 bilion (46.6 peratus) daripada peruntukan sektor, subsektor alam sekitar diperuntukkan sebanyak RM3.6 bilion dan RM3.5 bilion diperuntukkan kepada subsektor perdagangan dan perindustrian bagi menyokong pembangunan industri, keusahawanan dan aktiviti berkaitan pelaburan.

Selebihnya diperuntukkan untuk subsektor kesihatan, perumahan, keselamatan dan pentadbiran,kata MoF.

Kerajaan juga akan menyediakan pinjaman sebanyak RM1 bilion melalui DE bagi menyokong pembangunan infrastruktur dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. 

"Kerajaan negeri merupakan penerima pinjaman terbesar berjumlah RM503 juta diikuti oleh syarikat (RM463 juta), badan berkanun persekutuan (RM58 juta) serta organisasi lain dan koperasi (RM2 juta).

“Sementara itu, bayaran balik pinjaman diunjur sebanyak RM1.5 bilion. Daripada jumlah tersebut, bayaran balik tertinggi dijangkaditerima daripada syarikat sebanyak RM955 juta diikuti oleh kerajaan negeri(RM419 juta), badan berkanun persekutuan (RM120 juta) serta organisasi lain dankoperasi (RM6 juta),” menurut MoF.
-- BERNAMA