4jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.
21jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.60 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26), konvensyen utama Tenaga Nasional Bhd (TNB), melabuhkan tirainya hari ini dengan sokongan padu industri yang berfokuskan untuk mengubah dialog dan perbincangan strategik kepada tindakan serta pelaksanaan yang konkrit.
22jam ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain perlu terus mengenal pasti lebih banyak syarikat berpotensi tinggi seperti SkyeChip Bhd untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor teknologi pertumbuhan tinggi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kerjasama serantau akan menjadi faktor penting dalam mengoptimumkan sumber dan mewujudkan pasaran yang lebih kukuh bagi menyokong pelaburan jangka panjang dalam sektor tenaga, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- OSK Property Holdings Bhd melancarkan OSK Ombak, iaitu pembangunan berhadapan pantai pegangan bebas bernilai RM690 juta di Balok Beach, Kuantan, merangkumi 1,274 unit kediaman lengkap dengan perabot, yang disasarkan siap pada 2030.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Peralihan tenaga harus dimanfaatkan sebagai pemangkin untuk penstrukturan semula ekonomi yang lebih luas dengan bidang tumpuan strategik termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pusat data untuk meningkatkan produktiviti dan memperkukuh prospek ekonomi negara.
1hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
TAIPEI, 4 Jun (Bernama) -- Fasa perkembangan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) Malaysia seterusnya akan bergantung kepada perancangan berdisiplin merentas tenaga, infrastruktur digital dan kemampanan, menurut Schneider Electric, sebuah syarikat teknologi tenaga global.
1hari ago
PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperuntukkan kira-kira RM11 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) selama lima tahun akan datang bagi menyokong pengembangan dan pemodenan infrastruktur lapangan terbang di setiap rangkaiannya seluruh negara.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- ConocoPhillips Sabah Gas Ltd yang juga pengendali Medan Gas Kebabangan (KBB) di luar pesisir Sabah, membuat Keputusan Pelaburan Muktamad (FID) pada 21 Mei, 2026 bagi pembangunan Fasa 2 medan gas itu.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati pasaran terhadap kenaikan harga bahan api, ketegangan geopolitik yang tidak berkesudahan dan ketidakpastian perdagangan global.