BERITA TERKINI   Elaun Pelaburan Semula dikaji semula, syarat kelayakan dan cara insentif diberikan dikaji supaya lebih bersasar - PM Anwar | Kadar cukai istimewa 5 peratus ke atas pendapatan melebihi pendapatan asas ditetapkan bagi syarikat Hab Prinsipal atau GSH sedia ada – PM Anwar | CAAM labur RM50 juta untuk bangunkan sistem digital yang mengurus ruang udara, tapak ujian nasional dan piawaian keselamatan – PM Anwar | Belanjawan 2027: Dana NIMP, Dana Pemacu KWAP, Dana MTC Khazanah berjumlah RM2.1 bilion akan dimanfaat untuk perkukuh syarikat pertengahan E&E, digital, aeroangkasa, peranti perubatan | Belanjawan 2027: Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam, pesara terima RM750 | 

Berita Baik Untuk M40, Pelepasan Cukai Dinaikkan Kepada RM12,000 

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,000 daripada RM9,000 yang tidak disemak sejak 2010 yang akan memberi manfaat kepada golongan pertengahan (M40), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.

"Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus dan banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus,” kata beliau semasa membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Ad Banner

Beliau turut mengumumkan pelepasan cukai individu termasuk rawatan perubatan yang diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin serta penjagaan ibu bapa dan datuk nenek meliputi  semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada kesihatan. 

Selain itu, pengecualian juga termasuk peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan, yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.

Gaya hidup diperluas merangkumi langganan kecerdasan buatan (AI) serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan progresif dengan menyelaraskan kadar cukai bagi individu berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM1 juta kepada 30 peratus. 

"Ini bermakna kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira 5 juta pembayar cukai," kata beliau. 

-- BERNAMA