BERITA TERKINI   Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | 

Semua Kru Operasi AirAsia Didapati Negatif Dadah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Semua kru operasi aktif AirAsia Malaysia dan AirAsia X Malaysia didapati negatif dadah selepas saringan yang dijalankan sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan dan keselamatan syarikat penerbangan itu.

Menurut AirAsia Group, sebelum ini dikenali sebagai AirAsia X Bhd dalam kenyataan hari ini, saringan itu melibatkan semua kru operasi yang aktif, terdiri daripada juruterbang dan kru kabin kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Kapten Suresh Bangah berkata semua juruterbang dan kru kabin tertakluk kepada syarat kesihatan yang ketat, termasuk ujian dadah dan alkohol secara berkala sebagai sebahagian daripada rangka kerja keselamatan yang ditetapkan kumpulan itu.

Ad Banner

“Keselamatan merupakan asas kepada segala-galanya di AirAsia dan kami tidak bertolak ansur terhadap penggunaan dadah,” katanya, sambil menambah saringan itu akan memastikan semua kru operasi layak menjalankan tugas masing-masing dengan selamat dan profesional.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu akan terus mengekalkan piawaian ketat ini dalam seluruh operasinya selaras dengan keperluan kawal selia yang terpakai dan amalan terbaik industri.

-- BERNAMA

Ad Banner