BERITA TERKINI   Industri seni tidak terurus satu tragedi, tekan kehidupan seniman - PM Anwar | Seni dan budaya bukan alat propaganda picisan dan murahan - PM Anwar | Acuan Timur perlu kekalkan akhlak, bukan neokonservatif - PM Anwar | Negara yang ingin maju harus terima kenyataan generasi muda mahu suasana yang lebih bebas, terbuka - PM Anwar | Jerebu rentas sempadan: Kerajaan hargai Indonesia benarkan rentas ruang udara bagi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan - Arthur | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Kontrak Ogos 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut enam mata kepada 1,726.0 dan 1,706.5, manakala September 2026 turun lima mata kepada 1,705.0 dan Mac 2027 jatuh 6.5 mata kepada 1,689.0.

Jumlah dagangan menurun kepada 5,382 lot daripada 6,629 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 41,862 kontrak daripada 44,568 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 7.32 mata kepada 1,727.39 daripada 1,734.71 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner