BERITA TERKINI   Industri seni tidak terurus satu tragedi, tekan kehidupan seniman - PM Anwar | Seni dan budaya bukan alat propaganda picisan dan murahan - PM Anwar | Acuan Timur perlu kekalkan akhlak, bukan neokonservatif - PM Anwar | Negara yang ingin maju harus terima kenyataan generasi muda mahu suasana yang lebih bebas, terbuka - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Isnin.

Kontrak bulan semasa September 2026, Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 0.5 mata kepada 1,720.5, 1,720.5 dan 1,703.0 namun Ogos 2026 susut 2.5 mata kepada 1,739.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 43,170 lot daripada 9,574 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 83,842 kontrak daripada 48,670 kontrak.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.15 mata kepada 1,736.33 berbanding paras penutup Jumaat lepas pada 1,736.48.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner