BERITA TERKINI   Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | 

Unit Sunway Construction Raih Kontrak Pembangunan Pusat Data Di Johor Bernilai RM1.02 Bilion

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd (SunCon), Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB) telah menerima surat lantikan daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat untuk kerja-kerja pemasangan mekanikal, elektrik dan paip untuk pembangunan pusat data di Johor bernilai RM1.02 bilion.  

Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kerja-kerja tersebut disasarkan siap pada suku keempat 2027.   

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan SunCon Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026 dan seterusnya.  

Ad Banner

Sehingga hari ini, SunCon Group telah memperoleh kontrak baharu bernilai RM5.8 bilion pada tahun kewangan semasa, termasuk kontrak tersebut. 

Jumlah nilai perolehan kontraknya kini mencecah RM10.4 bilion.

-- BERNAMA

Ad Banner