BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.

Pada 9.50 pagi, kontrak Julai 2026 dan September 2026 masing-masing susut 0.5 mata kepada 1,712.0 dan 1,692.5. Kontrak Ogos 2026 turun satu mata kepada 1,713.5, manakala Disember 2026 merosot tiga mata kepada 1,694.0.

Jumlah dagangan sebanyak 7,873 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 60,003 kontrak.

Ad Banner

Pada 10.10 pagi, FBM KLCI susut 0.86 mata kepada 1,714.70 daripada paras 1,715.56 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner