BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Menjejaki Kenaikan Pada COMEX AS

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh prestasi lebih baik dalam Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pada penutup, kontrak semerta bulan September 2026 meningkat kepada US$4,393.20 setiap auns troy daripada US$4,316.90 setiap auns troy pada Khamis dan Oktober 2026 menokok kepada US$4,411.20 setiap auns troy daripada US$4,331.00.

Kontrak November 2026 meningkat kepada US$4,428.50 setiap auns troy daripada US$4,347.70 setiap auns troy pada Khamis, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 semuanya menambah kepada US$4,436.30 setiap auns troy daripada US$4,355.50 sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan merosot kepada 248 lot daripada 343 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 307 kontrak daripada 403 kontrak. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,368.10 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 17 September 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner