BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Kontrak September 2026 rendah 11 mata kepada 1,643.0, Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 9.5 mata kepada 1,642.5 dan 1,649.5 manakala Mac 2027 berkurangan lapan mata kepada 1,635.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,670 lot daripada 7,468 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menokok kepada 48,164 kontrak daripada 47,713 sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 9.18 mata atau 0.54 peratus kepada 1,665.56 daripada 1,674.74 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner