BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini.

Kontrak Julai susut 2.0 mata kepada 1712.5, Ogos 2026 merosot satu mata kepada 1,714.5 dan September 2026 turun 2.5 mata kepada 1,693.0.

Manakala, kontrak Disember 2025 naik 0.5 mata kepada 1,697.0.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 69,337 lot berbanding 53,559 yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 109,583 kontrak daripada 99,564.

Pada 5 petang, FBM KLCI bertambah sebanyak 3.08 mata kepada 1,715.56 daripada 1,712.48 mata yang disaksikan semalam.

-- BERNAMA 

Ad Banner