BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

TH Laksana 75 Peratus Syor RCI Dan Sedang Melaksanakan Cadangan Lain

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima pakai dan melaksanakan 75 peratus syor daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menambah baik tadbir urus dan kesejahteraannya, dengan cadangan selebihnya sedang berjalan.

TH berkata ia mengalu-alukan keputusan kerajaan hari ini untuk mendedahkan laporan RCI kepada umum.

"TH telah pun mengambil maklum syor RCI mengenai apa yang berlaku pada masa lalu sebelum 2018. Sejak itu, TH telah melangkah ke hadapan," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5 peratus iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Ia juga telah berjaya mengekalkan kos haji pada RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut.

“TH kekal komited untuk melindungi kepentingan pendeposit, mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan memastikan institusi itu terus beroperasi dengan integriti dan tanggungjawab,” katanya lagi.

Ad Banner

-- BERNAMA