BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan pasaran tunai. 

Kontrak Julai 2026 susut 5.5 mata kepada 1,714.5, Ogos 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,715.5, September 2026 jatuh 4.0 mata kepada 1,695.5 dan Disember 2026 turun 6.0 mata kepada 1,696.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 53,559 lot berbanding 16,388 yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 99,564 kontrak daripada 55,662.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI melemah sebanyak 0.61 mata kepada 1,712.48 daripada 1,713.09.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner