BERITA TERKINI   Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Selasa namun rendah sedikit berbanding dolar AS, dipengaruhi sentimen pasaran berikutan ketidaktentuan yang masih berlarutan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada paras 4.0850/0900 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 ketika ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata terdapat kemungkinan besar untuk kadar faedah di AS dinaikkan, yang akan mengukuhkan nilai dolar AS.

“Peniaga dan pelabur akan memberi tumpuan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan berlangsung hari ini dan esok (28-29 Julai 2026).

“Sehubungan itu, gandingan ringgit dan dolar AS dijangka terus bergerak dalam julat kecil hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner

Pada awal dagangan hari ini, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4940/4973 daripada 2.4969/4994 ketika ditutup semalam, mengukuh berbanding euro kepada 4.6438/6495 daripada 4.6536/6581 serta naik berbanding pound Britain kepada 5.4281/4348 daripada 5.4433/4486 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1627/1669 daripada 3.1653/1686 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1379/1589 daripada 12.1612/1775 sebelumnya.

Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 226.8/227.2 daripada 226.7/227.0 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.62/6.63.

 -- BERNAMA