BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Perancis 2026 | Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dua kenderaan di KM 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Dungun petang tadi - Polis | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan hari ini, menjejaki prestasi mengukuh niaga hadapan logam berharga itu di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Pada penutup, kontrak bulan semasa September 2026 meningkat kepada US$4,409.10 bagi setiap auns troy daripada US$4,404.70 manakala Oktober 2026 naik kepada US$4,424.50 setiap auns troy daripada US$4,420.10 semalam.

Kontrak November 2026 menokok kepada US$4,438.80 setiap auns troy daripada US$4,434.70 dan Disember 2026, Februari 2027 serta April 2027 masing-masing meningkat kepada US$4,446.60 setiap auns troy daripada US$4,442.50, sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 213 lot daripada 296 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 266 kontrak daripada 346 kontrak sebelumnya.

Selain itu, harga emas fizikal pada US$4,399.10 setiap auns troy sebagaimana penetapan harga petang oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 8 September 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner