BERITA TERKINI   Nahas FDS: Layang Layang Aerospace gantung operasi semua helikopter BO-105, pesawat guna enjin Rolls-Royce siri 250 serta-merta - CAAM | Nahas FDS: Helikopter miliki CoA sah hingga 4 Ogos 2027, sijil pendaftaran hingga 28 Julai 2029 - CAAM | Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan bebas, kenal pasti punca nahas helikopter FDS - CEO CAAM | Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Kontrak Julai 2026 naik 16.0 mata kepada 1,699.50. Ogos 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat 17.0 mata kepada 1,701.0 serta 1,683.0, manakala September 2026 menokok 17.5 mata kepada 1,681.0.

Jumlah dagangan bertambah kepada 7,785 lot berbanding 5,815 lot yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 40,493 kontrak daripada 36,724 sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI menyaksikan kenaikan sebanyak 13.85 mata kepada 1,691.49 daripada 1,677.64 semalam.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner