BERITA TERKINI   Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Indeks Harga Rumah Malaysia pada suku pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada suku pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak Julai 2026 rendah 2.0 mata kepada 1,683.0, Ogos 2026 susut 0.5 mata kepada 1,684.0 manakala September 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,666.5 dan Disember 2026 naik 0.5 mata kepada 1,667.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,675 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,338 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.49 pagi, FBM KLCI meningkat 2.39 mata kepada 1,685.32 berbanding 1,682.93 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner