BERITA TERKINI   Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Indeks Harga Rumah Malaysia pada suku pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada suku pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Menjejaki Kerugian COMEX

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian dalam emas COMEX, ketika pelabur menunggu pengumuman minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada hari Rabu.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 2026 turun kepada US$4,130.60 daripada US$4,153.70 setiap auns troy semalam.

Kontrak Ogos 2026 merosot kepada US$4,151.20 setiap auns troy daripada US$4,174.30, manakala September 2026 susut kepada US$4,164.30 setiap auns troy daripada US$4,187.40.

Ad Banner

Oktober 2026 dan Disember 2026, masing-masing berkurangan kepada US$4,183.40 setiap auns troy berbanding US$4,206.50 sebelum ini.

Jumlah dagangan jatuh kepada 99 lot daripada 101, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 171 kontrak daripada 172 kontrak.

Sementara itu, berdasarkan penetapan tengah hari 6 Julai 2027 di Lpndon Bullion Market Association,  emas fizikal ditetapkan pada US$4,140.95 setiap auns troy.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA