Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai yang positif.

Pada 9.24 pagi, kontrak Julai 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,677.0, Ogos 2026 naik lapan mata kepada 1,677.5, September 2026 melonjak 9.5 mata kepada 1,659.5 dan Disember 2026 menokok 7.5 mata kepada 1,660.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,897 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 30,679 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.58 pagi, FBM KLCI naik 11.41 mata kepada 1,673.24 daripada 1,661.83 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner