BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI tidak pernah keluarkan lesen, permit perjudian dan tambah premis judi baharu sejak ambil alih pentadbiran Persekutuan - MOF | RCI TH: Bekas Pengerusi TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan direman tujuh hari hingga 2 Sept - Peguam | Keuntungan bersih Maybank meningkat kepada RM2.69 bilion pada suku kedua 2026 daripada RM2.62 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas | Banjir Nepal: Dua pegawai JBPM antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi - KP JBPM | RCI TH: Reman bekas CEO TH disambung empat hari hingga 31 Ogos - Peguam | 

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan Bernilai RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Pengeluar kabel dan wayar itu berkata kontrak tersebut melibatkan pembekalan kabel dan konduktor kuasa bawah tanah kepada bahagian rangkaian pengedaran TNB. 

“Perjanjian ini mencerminkan pelaksanaan opsyen tambahan oleh TNB di bawah kontrak asal yang dianugerahkan pada Februari 2025.

Ad Banner

“Pesanan baharu itu menambah nilai kontrak asal dan memastikan bekalan berterusan sepanjang tempoh satu tahun tambahan dari Ogos 2026 hingga Ogos 2027,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut Southern Cable, dengan kontrak terbaharu itu, jumlah pesanan dalam tangan kumpulan tersebut telah melebihi RM1 bilion, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan yang jelas sehingga 2027. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner