BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bil pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027:  RM2.3 bilion diperuntukkan untuk bina dan selenggara kuarters penjawat awam termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba | 

SMR 20 Cecah Paras Tertinggi Sejak Mei 2012, Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, dengan SMR 20 meningkat 9.5 sen untuk mencecah 1,061 sen sekilogram, paras tertinggi sejak 9 Mei 2012, kata seorang peniaga.

Harga menjejaki niaga hadapan getah serantau yang lebih kukuh, disokong oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan di tengah-tengah penyusutan pengeluaran utama yang berkaitan dengan cuaca.

Ad Banner

Peniaga itu berkata hujan lebat yang berterusan di Thailand termasuk ancaman El Niño yang lebih kuat yang mungkin berlanjutan ke awal 2027 telah menimbulkan kebimbangan bekalan.

“Hujan lebat di Thailand dijangka menjejaskan bekalan. Hujan ini akan berpanjangan sehingga pertengahan Oktober, mengganggu aktiviti penorehan dan mengehadkan pengeluaran di kawasan pengeluar utama.

“Sementara itu, El Niño mungkin mengehadkan lagi bekalan, dengan Pertubuhan Meteorologi Dunia menjangkakan fenomena ini akan terus meningkat sebelum memuncak menjelang Disember dan berpotensi melangkaui sehingga Februari 2027,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Keuntungan, bagaimanapun, sebahagiannya telah diimbangi oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah berikutan kebimbangan yang mereda terhadap gangguan bekalan Timur Tengah.

Lateks pukal pula melonjak dua sen kepada 769 sen sekilogram pada 3 petang.

-- BERNAMA