BERITA TERKINI   Sebuah helikopter terhempas ketika berlepas berhampiran fasiliti Carbon MRO di Lapangan Terbang Subang - JPBM Selangor | Bayaran STR Fasa 3 disalurkan secara berperingkat mulai hari ini kepada 5.3 juta penerima, libatkan peruntukan RM1.2 bilion - MOF | Formula 1: Tiket MADANI untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses tiga hari acara - PM Anwar | PM Anwar sangkal dakwaan anaktirikan negeri, peruntukan meningkat bawah pentadbirannya | PM Anwar mahu penyampaian maklumat, komunikasi kerajaan dipertingkat | 

REHDA Malaysia Lantik Zaini Yusoff Presiden Baharu Penggal 2026-2028

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia melantik Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden baharu bagi penggal 2026-2028, menggantikan Datuk Ir Ho Hon Sang susulan mesyuarat perwakilan tahunan persatuan itu pada 27 Jun 2026.

REHDA memaklumkan Ho yang menerajui persatuan itu sejak Jun 2024 aktif melibatkan pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta bagi menangani isu yang memberi kesan kepada industri hartanah sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Susulan pelantikannya, Zaini yang daripada S P Setia Bhd berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk untuk meneruskan asas kukuh yang telah dibina oleh Ho serta kepimpinan terdahulu.

Ad Banner

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Ho atas dedikasi dan ketekunan beliau sepanjang dua tahun lalu. Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan beliau dalam kapasiti baharu sebagai presiden terdahulu, bersama ahli exco dan majlis kebangsaan persatuan ini. Dengan sokongan semua pihak, saya komited melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip responsif, dihormati, bertanggungjawab dan relevan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi REHDA Selangor Datuk Edward Chong Sin Kiat daripada IJM Corporation Bhd akan menggantikan Zaini sebagai timbalan presiden baharu persatuan itu.

Selain pelantikan Chong sebagai timbalan presiden, barisan kepimpinan baharu turut terdiri daripada Datuk Charlie Chia Lui Meng dan Datuk Ir Tiah Oon Ling sebagai naib presiden.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA