BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | PRN Johor: Bekas Menteri Kesihatan Adham Baba calon BN di kerusi DUN Pasir Raja - Onn Hafiz | PRN Johor: Bekas Menteri Kesihatan Adham Baba calon BN bagi kerusi DUN Pasir Raja - Onn Hafiz | PRN Johor: Pengerusi BN Johor Onn Hafiz sahkan pertahan kerusi DUN Machap | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Terus Catat Peningkatan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan peningkatan pada Jumaat, ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketidakpastian berkaitan konflik di Asia Barat menjejaskan mata wang AS.

Pada 6.00 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0555/0600 berbanding dolar AS daripada 4.0650/069 ketika ditutup pada Khamis.

Ad Banner

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat, memandangkan pemangkin pasaran utama seterusnya dijangka lebih bergantung pada perkembangan konflik Asia Barat berbanding faktor domestik.

“Pelabur sedang memantau sama ada naratif keamanan AS-Iran ketika ini terbukti tahan lama atau kembali menjadi tajuk berita utama,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, pasaran ekuiti yang lebih kukuh telah menampung sebahagian daripada kerugian minggu ini dan is telah membantu meningkatkan minat risiko serantau, kata Innes.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan agak stabil pada Jumaat.

“Rundingan berterusan antara AS dan Iran kekal sebagai tumpuan pasaran dengan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent masing-masing susut 2.47 peratus dan 2.39 peratus kepada US$85.54 setong dan US$88.22 setong,” katanya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dunia.

Unit tempatan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.5334/5364 daripada 2.5321/5347 ketika ditutup pada Khamis, merosot berbanding pound Britain kepada 5.4429/4489 daripada 5.4325/4378 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6979/7031 daripada 4.6878/6924 sebelumnya.

Ringgit turut didagangkan rendah berbanding mata wang serantau.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.1602/1640 daripada 3.1556/1589 ketika ditutup pada Khamis dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.4105/4288 daripada 12.3331/3501 sebelum itu.

Dalam pada itu, ringgit turut merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 227.0/227.4 daripada 225.9/226.2 pada penutupan semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 6.67/6.68 daripada 6.62/6.63 sebelum itu.

-- BERNAMA