BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Segmen Aeroangkasa, LAE Malaysia Berpotensi Jana Perolehan Lebih RM100 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Segmen aeroangkasa dan ekonomi altitud rendah (LAE) Malaysia berpotensi menjana perolehan sebanyak RM100 bilion menjelang 2035, dipacu oleh peluang baharu yang bernilai tinggi, menurut Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif NAICO, Ir Dr Shamsul Kamar Abu Samah berkata industri aeroangkasa negara telah menjana perolehan RM35.2 bilion pada 2025, melonjak kira-kira 180 peratus daripada angka pada 2020.

Beliau berkata segmen LAE dan aeroangkasa kini disokong oleh keupayaan sedia ada dalam pembuatan aeroangkasa; penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta kepakaran dalam penyepaduan sistem.

Ad Banner

“Kami mengenal pasti kedua-dua segmen ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi dan berintensif kos yang tnggi di negara ini,” katanya ketika perbincangan panel bertajuk Membentuk Ekonomi Altitud Rendah Malaysia: Membangunkan Strategi LAE Nasional di Forum Ekonomi Altitud Rendah 2026 anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di sini, hari ini.

Shamsul Kamar berkata industri aeroangkasa negara disasarkan untuk mencapai perolehan sebanyak RM55.2 bilion menjelang 2030, namun angka itu berpotensi melebihi RM70 bilion.

“Jika kita memperuntukkan RM30 bilion kepada LAE dalam tempoh lima tahun akan datang dan berjaya mengatasi semua cabaran melalui pewujudan rangka kerja peraturan yang diperlukan, sektor ini boleh menjana tambahan RM30 bilion menjelang 2035.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ini sekali gus menjadikan nilai keseluruhan segmen aeroangkasa dan LAE mencecah lebih RM100 bilion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Future Capital, Lai Han Sheong berkata untuk terus memacu segmen LAE di negara ini, Malaysia perlu memanfaatkan kekuatannya dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta pemasangan kenderaan elektrik untuk meletakkan kedudukannya dalam sektor tersebut.

“Malaysia perlu memilih laluan awal secara strategik untuk terlibat dalam LAE, iaitu dengan menjadikan negara ini sebagai pusat ujian ASEAN bagi pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara menegak (eVTOL) dan pada masa sama menarik pengeluar dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan China,” katanya.

Future Capital ialah syarikat modal teroka yang berpangkalan di Beijing.

-- BERNAMA