BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah Susulan Harga Minyak Mentah Susut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah menyusut dan prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah di Singapura mencatatkan kenaikan manakala niaga hadapan getah di Bursa Shanghai menyusut.

Ad Banner

"Harga minyak mentah meneruskan penurunan untuk sesi ketiga berturut-turut berikutan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang lebih baik serta pemulihan pergerakan kapal tangki melalui Selat Hormuz yang meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan tenaga," katanya kepada Bernama.

Setakat ini, minyak mentah Brent menyusut sebanyak 1.96 peratus kepada US$75.57 setong.

Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun diniagakan dalam jajaran kecil berikutan permintaan yang kukuh daripada sektor automotif Eropah yang terus menyokong sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut peniaga, sentimen pasaran turut terkesan dengan kebimbangan mengenai jangkaan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan terus memperketat dasar monetari dan pelaksanaan dasar automotif baharu di California.

"Di AS, perbelanjaan pengguna yang kekal kukuh, inflasi teras yang masih tinggi dan pasaran buruh yang ketat telah meningkatkan jangkaan bahawa Fed terus memperketat dasar monetarinya menjelang pengumuman Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi.

"Pengeluar automotif utama turut mengingatkan bahawa jualan kenderaan di California boleh terkesan sekiranya peraturan baharu berkaitan pengesanan kenderaan dilaksanakan tanpa penangguhan, yang berpotensi menjejaskan aktiviti pasaran automotif," katanya.

Bagaimanapun, katanya penurunan seterusnya dihadkan oleh data pembuatan dan perkhidmatan AS yang lebih baik daripada jangkaan selain permintaan yang menggalakkan daripada sektor automotif Eropah.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun  3.5 sen kepada 940.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah tiga sen kepada 789.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA