BERITA TERKINI   Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN semalam untuk pemerhatian - Mukhriz | Mahkamah: Bekas Pengarah Besar FELDA Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah tuduhan memperdaya surat kuasa wakil bagi tukar hak milik 16 bidang tanah di Jalan Semarak | 

Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, dengan kaunter utiliti, telekomunikasi dan media, serta produk dan perkhidmatan perindustrian terus memberikan sokongan kepada bursa tempatan.

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan dalam beberpa hari akan datang.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Khamis.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, walaupun dolar yang lebih kukuh mengehadkan potensi kenaikan seterusnya, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Sayuran

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menjejaki harga minyak sayuran global yang lebih rendah susulan cuti umum di Malaysia semalam.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).

Bursa Malaysia Ditutup Melonjak 12.21 Mata Ketika Saham YTL, Perbankan Pacu Pasaran

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau ketika penurunan harga minyak meredakan tekanan inflasi dan memacu minat risiko dengan aktiviti belian menumpukan saham berkaitan YTL dan perbankan, kata penganalisis.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Susulan Hasil Perbendaharaan AS Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah menjelang simposium Jackson Hole Rizab Persekutuan AS (Fed).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Rabu berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan disebabkan El Nino dan permintaan yang berdaya tahan daripada sektor automotif Amerika Syarikat (AS) yang menyokong sentimen pasaran, kata peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak lebih rendah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Asas Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.