27hari lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah hari ini menjejaki penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan aktiviti pengambilan untung dan penyelarasan semula kedudukan pasaran, kata seorang peniaga.
27hari lalu
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti belian saham pada harga rendah susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
27hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada tengah hari, disokong kenaikan beberapa saham perbankan terpilih menjelang keputusan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
27hari lalu
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, bagaimanapun mencatatkan penurunan selepas itu, menjejaki prestasi Wall Street lemah semalaman disebabkan harga minyak mentah yang lebih tinggi and hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang meningkat telah membebani sentimen pasaran.
27hari lalu
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.
27hari lalu
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kenaikan harga minyak mentah Brent yang meningkatkan kebimbangan inflasi, sekali gus mendorong jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata seorang penganalisis.
28hari lalu
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, disokong kenaikan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).
28hari lalu
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ekoran prestasi lemah di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah AS.
28hari lalu
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bakal menaikkan kadarnya berdasarkan bayangan daripada ucapan pengerusinya Kevin Warsh di Simposium Jackson Hole, baru-baru ini.
28hari lalu
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa di sebalik aktiviti jualan meluas berikutan sentimen global yang lebih lemah menjejaskan minat risiko pelabur.
28hari lalu
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan nilai ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
28hari lalu
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, menjejaki prestasi negara serantau yang lebih lemah dalam persekitaran ketegangan geopolitik antara AS dan Iran yang memuncak.