1bulan lalu
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat tempatan, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd, menerima akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem (CSS) dan program Arm Flexible Access (AFA) bagi mempercepat pembangunan reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan teknologi semikonduktor di Malaysia.
1bulan lalu
JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Johor berjaya menarik potensi pelaburan bernilai lebih RM5 bilion hasil siri pertemuan dengan pelabur sepanjang lawatan kerja tiga hari ke Singapura yang berakhir hari ini.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ascend Airways Malaysia Sdn Bhd memperoleh kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memasukkan operasi penumpang dalam Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) miliknya.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu memacu inovasi dengan membangunkan lebih banyak produk getah khusus dan bernilai tinggi, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan lalu
LABUAN, 20 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Labuan mengusulkan supaya projek pembangunan pesisir pantai Labuan dijadikan antara agenda utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi memanfaatkan potensi pulau bebas cukai itu yang masih belum diterokai sepenuhnya.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh NexG Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), yang bertanggungjawab dalam penyediaan kad pengenalan MyKad, sekarang ini dinilaikan pada RM7.5 bilion berikutan permintaan kerajaan untuk harga indikatifnya.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah ketiganya bagi tahun ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.
1bulan lalu
KLANG, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap Xeraya Capital, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd untuk mengesan sebarang potensi ketidakaturan kewangan.
1bulan lalu
IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd (Vale) menyasarkan untuk mengekalkan jumlah pemunggahan tahunannya iaitu kira-kira 20 juta tan bijih besi dari hab pengedarannya di Teluk Rubiah, Manjung, Perak, berikutan permintaan yang stabil dari seluruh rantau Asia Pasifik.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ryt Bank meraikan ulang tahun pertamanya selepas mencapai lebih 1.5 juta pelanggan, sekali gus menjadikannya sebagai bank digital terbesar di Malaysia hanya dalam tempoh setahun beroperasi.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Healthcare Holdings Bhd melonjak kepada RM78.15 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026, daripada RM41.38 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.