BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Ascend Airways Malaysia Peroleh Kelulusan CAAM Untuk Operasi Penumpang

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ascend Airways Malaysia Sdn Bhd memperoleh kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memasukkan operasi penumpang dalam Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) miliknya.

Syarikat penerbangan itu dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan kelulusan berkenaan susulan daripada kejayaan melengkapkan proses variasi AOC.

Kelulusan itu merangkumi pesawat penumpang pertamanya, Boeing 737-800 (9M-ASG) dalam Spesifikasi Operasinya, sekali gus menandakan satu langkah penting ke arah memulakan operasi penumpang.

Ad Banner

Sebanyak tiga pesawat penumpang (B737-800) dijangka beroperasi di bawah pengaturan pesawat, kru, penyelenggaraan dan insurans (ACMI) menjelang akhir 2026.

Menurut Ascend Airways, pencapaian ini mencerminkan dedikasi, disiplin dan kerjasama seluruh pasukan selain penyelarasan erat serta bimbingan daripada CAAM sepanjang proses variasi AOC tersebut.

Ascend Airways Malaysia merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia dan ia sebahagian daripada penyedia ACMI global, Avia Solutions Group.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA