BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian "tunggakan"

Zetrix AI Akui Tidak Mampu Lunas Tunggakan RM2 Bilion Di Bawah Program Sukuk Wakalah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mengesahkan bahawa syarikat itu kini tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik keseluruhan tunggakan berjumlah RM2 bilion di bawah program sukuk wakalahnya.

Zetrix AI Cadang Pengasingan Kutipan Dan Bayaran Sekali Gus Untuk Selesaikan Tunggakan JPJ

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Zetrix AI Bhd telah mencadangkan untuk mengasingkan semua kutipan masa depan dan membuat beberapa pembayaran sekali gus dalam tempoh masa yang singkat bagi menyelesaikan jumlah tertunggak kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kerajaan Bayar Balik RM20.27 Bilion Lebihan Cukai Pendapatan Setakat 31 Okt 2026 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM20.271 bilion bayaran balik lebihan cukai pendapatan yang melibatkan 3.65 juta kes pembayar cukai telah dilunaskan sehingga 31 Oktober 2026.

Sabah, Sarawak Tidak Dipinggir, Tetapi Didahulukan Peruntukan Jalan Luar Bandar - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan dalam peruntukan pembangunan jalan luar bandar, sebaliknya kedua-dua negeri itu terus diberi keutamaan dengan peruntukan yang meningkat hampir tiga kali ganda bagi tempoh 2023 hingga 2027 berbanding lima tahun sebelumnya, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MyEG Dikenakan Taksiran Cukai Pendapatan Tambahan RM353.13 Juta, Saman Sivil

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, My EG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.

Pembiayaan Jalan Luar Bandar Diutamakan, Peruntukan 2026 Naik Kepada RM3.1 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kerajaan mengutamakan pembiayaan projek Program Jalan Luar Bandar (JALB) dengan peruntukan dinaikkan kepada RM3.1 bilion bagi 2026 berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).