BERITA TERKINI   Google melabur US$15 bilion di Malaysia, menyokong pusat data dan infrastruktur, kata Presiden dan CIO | Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | 

Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "mpob"

Seruan Boikot Produk Minyak Sawit Bukan Penyelesaian Isu Jerebu – MPOB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Seruan memboikot produk berasaskan minyak sawit berikutan isu jerebu rentas sempadan bukan pendekatan yang tepat atau berkesan untuk menangani pencemaran udara, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap lambakan inventori Malaysia.

41,334 Pekebun Kecil Sertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dianggarkan seramai 41,334 pekebun kecil sawit melibatkan kawasan seluas 105,172.67 hektar dikenal pasti menyertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

SST, Kos Logistik Dan Pengangkutan Faktor Utama Perbezaan Harga Belian TBS Sabah, Semenanjung

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii. 

KPK Perkukuh Oleokimia Khusus, Produk Kesihatan Sawit Bagi Kurangkan Kebergantungan Eksport MSM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperkukuh sektor oleokimia khusus serta pembangunan produk nutraseutikal dan farmaseutikal berasaskan sawit untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak sawit mentah (MSM).