4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), iaitu Subang Sentral Sdn Bhd (Subang Sentral) menjual sebidang tanah seluas 14.83 hektar di Cyberjaya, Selangor kepada Digital Cosmos Malaysia Sdn Bhd pada harga RM419.05 juta.
4hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan prestasi perlahan dipengaruhi aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan pasaran baru-baru ini, seiring dengan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini dengan aktiviti belian dan jualan saling seiringan membabitkan beberapa saham wajaran tinggi terpilih susulan kerugian semalaman di Wall Street sebagai reaksi terhadap kenaikan harga minyak mentah, kata penganalisis.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas pasaran meningkat semula baru-baru ini, dengan saham sektor telekomunikasi dan perindustrian mendahului penurunan itu, kata penganalisis.
5hari ago
GEORGE TOWN, 6 Ogos (Bernama) -- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara mencatat satu lagi pencapaian penting apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan penganugerahan Kontrak Sistem Turnkey (STC) bernilai RM3.028 bilion kepada usahasama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Theta Edge Berhad (MRCB-Theta Edge JV).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) meningkat pada awal dagangan hari ini berikutan potensi limpahan manfaat daripada projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), termasuk peluang pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran rel berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Biro Pengurusan Pusat (CAB) melancarkan CAB 2.0, versi baharu berasaskan awan yang dipertingkatkan bagi sistem Central Administration Bureau Facultative (CABFAC) untuk menyokong transformasi digital industri insurans dan insurans semula Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) mengetengahkan Sandbox Mini Ekonomi Altitud Rendah (LAE) yang pertama seumpamanya sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh keupayaan Malaysia dalam mobiliti udara termaju dan teknologi penerbangan tanpa pemandu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) dan China Reinsurance Life Insurance Company Ltd (China Re Life) menandatangani perjanjian insurans semula untuk menyokong rangka kerja insurans semula yang pertama bagi perlindungan rawatan perubatan ketepatan kanser (CPM) di Malaysia.