BERITA TERKINI   JPJ laksana pengecualian sementara fi tukar hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan mulai 1 Julai - MOF | BUDI Diesel diperluas kepada kenderaan persendirian milik syarikat jenis pikap dan jip - MOF | PRN Johor: Pastikan budaya berkempen dilaksanakan secara sihat berasaskan fakta, bukannya fitnah - Fahmi | HBH: Penjawat awam boleh bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif, tiga hari di pejabat tertakluk kepada keperluan perkhidmatan - JPA | Hari Bekerja Hibrid inisiatif baharu pengaturan kerja lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa kurangkan waktu bekerja - JPA | 

MIGHT Perkenal Sandbox Mini Pertama Majukan Ekonomi Altitud Rendah Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) mengetengahkan Sandbox Mini Ekonomi Altitud Rendah (LAE) yang pertama seumpamanya sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh keupayaan Malaysia dalam mobiliti udara termaju dan teknologi penerbangan tanpa pemandu.

Demonstrasi yang diadakan di Persidangan Ekonomi Altitud Rendah Malaysia 2026 itu menghimpunkan agensi kerajaan, peserta industri, institusi akademik dan rakan antarabangsa bagi mempamerkan teknologi serta rangka kerja kawal selia yang menyokong pembangunan LAE.

Menurut MIGHT, Sandbox Mini itu berfungsi sebagai platform langsung untuk menguji teknologi dron, sistem pesawat tanpa pemandu, penyelesaian pengurusan trafik tanpa pemandu serta aplikasi mobiliti udara termaju melalui kerjasama antara pihak pengawal selia, industri, institusi akademik dan rakan teknologi.

Ad Banner

“Menurut Laporan Mobiliti Udara Termaju Malaysia 2026 yang diterbitkan oleh MIGHT, ekonomi altitud rendah (LAE) berpotensi menyumbang RM50.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta mewujudkan 100,000 pekerjaan bernilai tinggi menjelang 2030," jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Rushdi Abdul Rahim berkata kejayaan pelaksanaan Sandbox Mini itu membuktikan keupayaan Malaysia untuk melangkah melangkaui perbincangan dasar kepada pelaksanaan ekosistem secara praktikal.

"Sandbox Mini itu mencerminkan pendekatan kolaboratif yang diperlukan untuk membangunkan ekosistem LAE yang mampan dan berdaya saing pada peringkat global.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Sandbox Mini itu menunjukkan cara kerajaan, pihak pengawal selia, industri dan rakan teknologi dapat bekerjasama dalam persekitaran operasi sebenar bagi mempercepat pengesahan teknologi, menyokong kesediaan pelaburan serta memperkukuh laluan ke arah pengkomersialan," katanya.

Persidangan bertemakan ‘Malaysia sebagai Gerbang ASEAN: Daripada Dasar kepada Pelaksanaan dalam Ekonomi Altitud Rendah’ itu dianjurkan MIGHT dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bersempena dengan Sidang Kemuncak MyAERO 2026.

Acara selama tiga hari itu berlangsung dari 25 hingga 27 Jun di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Sepanjang persidangan itu, MIGHT turut memeterai memorandum persefahaman dengan beberapa organisasi bagi menyokong penyelidikan, pembangunan teknologi serta kerjasama antarabangsa dalam sektor tersebut.

Kerjasama iu melibatkan Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO); MRANTI;Perbandaran Wuhan, China; Pusat inovasi Pembuatan Termaju; CETIM, Perancis; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Avitex Solution Sdn Bhd dan Zeitgeist Inspira Technologies Sdn Bhd.

Sandbox Ruang Udara Perlis juga dilancarkan di persidangan itu, yang dijangka menyokong aktiviti pengujian, penyelidikan serta pembangunan bakat berkaitan teknologi penerbangan altitud rendah.

-- BERNAMA