BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | 

Unit Tidak Langsung MRCB Jual Tanah 14.83 Hektar Di Cyberjaya Pada RM419.05 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), iaitu Subang Sentral Sdn Bhd (Subang Sentral) menjual sebidang tanah seluas 14.83 hektar di Cyberjaya, Selangor kepada Digital Cosmos Malaysia Sdn Bhd pada harga RM419.05 juta.

Digital Cosmos Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Digital Cosmos (S) Pte Ltd.

Menurut MRCB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Subang Sentral telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Digital Cosmos bagi cadangan penjualan itu. 

Ad Banner

Jelas MRCB, cadangan penjualan itu adalah selaras dengan strategi kumpulan tersebut untuk memanfaatkan nilai bank tanah bukan teras dan mengoptimumkan kecekapan modalnya.

“Hasil tunai yang diperoleh akan mengukuhkan kedudukan kewangan MRCB bagi melancarkan pembayaran balik pinjaman tertunggak, sekali gus mengurangkan tahap kadar hutang dan menambah baik pengurusan aliran tunai. 

“Selain itu, pengagihan semula modal akan menyediakan kumpulan tersebut dengan kebolehubahan kewangan yang lebih kukuh untuk membiayai projek pembangunan berskala besar dan perancangan infrastrukturnya yang lain,” tambahnya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

MRCB menambah tertakluk kepada keadaan yang tidak dijangka dan semua kelulusan/persetujuan berkaitan yang diperlukan, cadangan penjualan itu dijangka selesai menjelang suku keempat 2027. 

-- BERNAMA