19jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) perlu mengukuhkan sistem pengurusan agensi mereka, khususnya dalam pengambilan, latihan, bimbingan dan penyeliaan untuk memastikan ejen menyampaikan perkhidmatan yang konsisten serta berkualiti kepada pelanggan, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengarahkan Zetrix AI Bhd untuk menyelesaikan isu kegagalan pembayaran dividen akhir tahun 2025 sebelum 23 Nov 2026 dan mendedahkan maklumat penting yang berkaitan selewat-lewatnya pada 11 Nov 2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Theta Edge Bhd iaitu Theta Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak eksklusif bernilai RM33.01 juta daripada Aceteam Networks Sdn Bhd untuk mendapatkan dan membekalkan sehingga 5,742 unit komputer riba dan komputer meja.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd menyasarkan untuk memulakan penerbangan ke Bahrain menjelang Mac 2027, tertakluk kepada keadaan serantau, dengan pelantikan ahli lembaga pengarah bagi operasi di Bahrain sebagai pencapaian penting dalam strategi pengembangan serantaunya.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai anggota baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Nov, 2026.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd, memeterai perjanjian Kerja Transmisi dan Sambungan (TIWA) bernilai RM34.39 juta dengan MMC Engineering Sdn Bhd (MMCE).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mencadangkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM11.64 bilion menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air SPV Bhd (PASB), bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal strategik jangka panjang dalam tempoh 10 tahun akan datang.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- YTL Group mengumumkan pelantikan Joseph Yeoh Keong Shyan sebagai pengarah ganti kepada Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Pintar Projek Sdn Bhd, serta pengarah YTL Hotels & Properties Sdn Bhd dan YTL Land & Development Bhd.