BERITA TERKINI   Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | Kerajaan akan pastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada - Menteri MITI | 

Unit Theta Edge Peroleh Kontrak Bernilai RM33.01 Juta Untuk Bekal Komputer Peribadi

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Theta Edge Bhd iaitu B Sdn Bhd memperoleh kontrak eksklusif bernilai RM33.01 juta daripada Aceteam Networks Sdn Bhd untuk mendapatkan dan membekalkan sehingga 5,742 unit komputer riba dan komputer meja.

Kontrak berkenaan di bawah projek pengurusan kitar jangka hayat peranti menerusi model peranti sebagai perkhidmatan (DaaS).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Theta Edge menyatakan pelantikan itu akan bermula pada tarikh penghantaran pertama.

Ad Banner
Ad Banner

Ia akan kekal berkuat kuasa selama lima tahun dari tarikh Ujian Penerimaan Pengguna berjaya diselesaikan.

Menurut makluman itu, Aceteam Networks merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dari Malaysia.

“Pelantikan ini membuka peluang kepada Theta Edge dan anak-anak syarikatnya untuk memanfaatkan keupayaan sedia ada serta kepakaran Theta Technologies dalam bidang teknologi dan perniagaan penyelesaian teknologi maklumat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Melalui pelantikan ini, Theta Technologies dijangka dapat memperluas aktiviti perniagaannya dalam bidang perolehan dan pembekalan perkakasan komputer sekali gus membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan serta mengukuhkan hubungan perniagaannya dengan Aceteam,” jelasnya.

-- BERNAMA