Terdapat 41 berita berdasarkan kata kunci carian "anwar ibrahim"

Projek Mega, Bangunan Perlu Ambil Kira Kesejahteraan Awam, Keperluan Masyarakat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Projek mega dan bangunan perlu mengambil kira kesejahteraan awam serta keperluan masyarakat kerana kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan kekecewaan dan rasa tidak puas hati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelaburan AI Oleh Konsortium Diketuai Softbank Mencerminkan Keyakinan Global Terhadap Malaysia – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan oleh konsortium yang diterajui SoftBank dalam platform kecerdasan buatan (AI) di Malaysia mencerminkan keyakinan global terhadap potensi negara untuk membangunkan dan menggunakan AI.

JS-SEZ: Nexus Sedenak Perkukuh Peranan Kulai Sebagai Hab Ekonomi - Teo

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

KULAI, 9 Nov (Bernama) -- Projek berimpak tinggi, Nexus Sedenak bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi daerah ini, selain sebagai antara hab industri dan logistik baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Malaysia Teliti Sasaran Dagangan D-8 Lebih US$500 Bilion Sebelum Dibawa Ke Kabinet - TPM Ahmad Zahid

Oleh Siti Nurhana Sharifah Binti Mat Nazir

ISTANBUL, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia akan meneliti sasaran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8) untuk meningkatkan perdagangan sesama negara anggota kepada lebih US$500 bilion (kira-kira RM2.03 trilion) menjelang 2030, sebelum membawa cadangan itu ke Jemaah Menteri.

Kerjasama Syarikat Perladangan, Pekebun Kecil Sawit Dibangkitkan Di Kabinet Minggu Depan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bitdeer Terus Melabur Di Malaysia, Yakin Dengan Dasar Kerajaan Madani -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bitdeer Technologies Group (Bitdeer) menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi digital. 

BNM Sedia Langkah Kawal Selia Bagi Memastikan Daya Tahan Siber Institusi Kewangan

Oleh M. Saraswathi dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan keperluan kawal selia bagi memastikan institusi kewangan mengekalkan langkah perlindungan keselamatan siber yang mencukupi dan terus memperkukuh pertahanannya, kata Gabenornya Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Rubio, Anwar Bincang Perluas Kerjasama Ekonomi Di Bawah CSP Malaysia-AS

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan usaha memperluas kerjasama ekonomi di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-AS yang dipertingkatkan.

PKT, Daiso Malaysia Jalin Kerjasama Untuk Pertingkat Kecekapan Logistik

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- PKT Logistics (M) Sdn Bhd telah menjalin kerjasama strategik dengan Daiso Malaysia Group Sdn Bhd untuk meningkatkan kecekapan logistik.

MRT Corp Tawar Kontrak RM2.69 Bilion Bagi LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memberikan kontrak utama kerja-kerja sivil Pakej 2 (CMC2) bernilai RM2.69 bilion bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang kepada tiga syarikat usaha sama.

Ancaman Siber Yang Berkembang Ancam Daya Tahan Kewangan, Perlu Bakat Tempatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ancaman siber yang semakin berkembang, khususnya yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), teknologi awan dan ekosistem digital yang saling berkaitan, menonjolkan keperluan untuk membangunkan lebih ramai profesional tempatan yang mempunyai kepakaran dalam kewangan serta keselamatan siber.

Westports Pertingkat Kapasiti Kendali Kontena Kepada 28 Juta TEU - Loke

KLANG, 5 Nov (Bernama) -- Kapasiti pengendalian kontena tahunan Westports Malaysia Sdn Bhd dijangka meningkat dua kali ganda, daripada 14 juta kepada 28 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), menerusi pelan pengembangan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.