Terdapat 149 berita berdasarkan kata kunci carian "000"

Rakyat Teras Keutamaan: Prestasi Sembilan Bulan 2026 TNB Utamakan Pengguna Di Tengah-tengah Cabaran Kos Bahan Api Global

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memperkukuh komitmennya untuk melindungi pengguna elektrik daripada peningkatan kos bahan api global menerusi kerjasama erat dengan kerajaan, disokong oleh prestasi kewangan dan operasi yang kekal berdaya tahan bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2026.

BDB Kembali Pulih, Raih Untung Bersih RM3.30 Juta Bagi Sembilan Bulan Pertama 2026

ALOR SETAR, 26 Nov (Bernama) -- Bina Darulaman Berhad (BDB) kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.30 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2026 berbanding kerugian bersih RM11.82 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

SIRIM QAS Badan Pensijilan Pertama Di Asia Tenggara Diakreditasi Bagi Standard AS9110

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Bhd, muncul sebagai badan pensijilan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mendapat akreditasi bagi standard AS9110, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan bagi Organisasi Penyelenggaraan Penerbangan.

Perlombongan Pasir Dasar Laut Sumbang Lebih RM53.38 Juta Kepada Hasil Kerajaan Setakat Oktober

PELABUHAN KLANG, 25 Nov (Bernama) -- Aktiviti perlombongan pasir dasar laut di luar perairan negeri menyumbang lebih RM53.38 juta kepada hasil Kerajaan Persekutuan setakat Oktober tahun ini, susulan penambahbaikan sistem pemantauan digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengelakkan ketirisan hasil.

Harga MSM Dijangka Kekal Melebihi RM4,100 Satu Tan Pada Disember - MPOC

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal melebihi RM4,100 satu tan metrik pada Disember, disokong oleh harga yang kompetitif berbanding minyak sayuran lain, ketidaktentuan geopolitik serta potensi risiko bekalan pada 2027, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

MAG Anggar Nilai Aset 16 Pesawat Boeing 787-10 Dreamliner Berjumlah US$9.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menganggarkan nilai aset 16 pesawat Boeing 787-10 Dreamliner termasuk enjinnya, berjumlah US$9.3 bilion (US$1 = RM4.11).

Platform PFLNG Tiga Tingkatkan Bekalan LNG Petronas Mulai 2027

Daripada Siti Radziah Hamzah

GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 25 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengunjurkan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung ketiganya iaitu PFLNG Tiga akan meningkatkan bekalan LNG serta keupayaannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pelbagai pasaran apabila operasi komersial bermula pada suku ketiga 2027.

Eksport Perkhidmatan Pusat Data Lonjak Kepada RM11.7 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Eksport perkhidmatan pusat data negara melonjak kepada RM11.7 bilion pada 2025 berbanding RM2.8 bilion pada 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Bursa Malaysia Meningkat Semula, Akhiri Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, mencatatkan peningkatan semula dan mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut sejajar dengan sentimen positif di pasaran serantau susulan pelantikan semula Jensen Huang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia.

Keluasan Kawasan Tanaman Koko Negara Cecah 6,939 Hektar Setakat September 2026

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) - Keluasan keseluruhan kawasan tanaman koko negara meningkat kepada 6,939 hektar susulan pencapaian tanaman baharu melebihi 400 hektar setakat September 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

JS-SEZ: Kerajaan Negeri Perkukuh Rantaian Bekalan, Bawa Limpahan Ekonomi Ke Johor Utara

ISKANDAR PUTERI, 24 Nov (Bernama) -- ​Kerajaan Negeri Johor sedang mempergiat usaha membawa limpahan ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ke Johor Utara menerusi pengukuhan rantaian bekalan di daerah-daerah yang lain.

Pelan Hala Tuju CCUS 2050 Garis 27 Inisiatif, Unjur Pelaburan Sehingga RM170 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2050 menggariskan 27 inisiatif dengan unjuran pelaburan antara RM160 bilion dan RM170 bilion serta potensi pembangunan sehingga enam hab CCUS di Malaysia menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.