Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " produk baharu"

Kenanga Tingkat Unjuran Pertumbuhan Eksport 2026 Kepada 28.5 Peratus, Jangka Cecah RM2 Trilion

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada 28.5 peratus (2025: 6.6 peratus) daripada 19.0 peratus sebelum ini, dengan nilai eksport dijangka melepasi paras RM2.0 trilion tahun ini.

Mercedes-Benz Malaysia Sasar 17 Model Baharu Pada 2027, Unjur Peningkatan Permintaan EV

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 15 Sept (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia merancang untuk memperkenal 17 model baharu bagi pasaran Malaysia pada 2027 sekali gus memperluas penawarannya dalam segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

Yobe Malaysia Sasar Buka 32 Cawangan Yobi Crafted Sehingga Akhir 2027

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jenama yogurt beku tempatan, Yobe Malaysia menyasarkan pembukaan 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh negara sehingga akhir 2027, tiga bulan selepas pelancaran rasmi pasarannya pada Jun tahun ini.

Sokongan Pekebun Kecil Perlu Seiring Usaha Perkukuh Rantaian Nilai Agrikomoditi - Noraini

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Sokongan kepada pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh keseluruhan rantaian nilai agrikomoditi untuk memastikan pertumbuhan industri turut memberi manfaat kepada golongan itu, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Xiaomi Perluas Barisan AIoT Dengan Enam Produk Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Xiaomi Malaysia memperluas rangkaian produk kecerdasan buatan pelbagai benda (AIoT) dengan memperkenal lima perkakas rumah pintar baharu bersama peranti boleh pakai terbaharunya, Xiaomi Smart Band 11 Active. 

Belanjawan 2027 Diharap Akan Terus Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil - Noraini

SERDANG, 1 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berharap Belanjawan 2027 terus memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor agrikomoditi khususnya dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan daya saing industri.

Berbekalkan Modal RM120, Pendigitalan Bantu Usahawan Bangkit Semula Raih Jualan RM4 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Berbekalkan modal kira-kira RM120, seorang usahawan tempatan memilih pendigitalan untuk bangkit semula selepas perniagaan yang diceburinya terjejas teruk ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Petron Malaysia Catat Kerugian Bersih RM34.48 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.48 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 daripada keuntungan bersih RM40.51 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

Menginsuranskan Perjalanan Negara: Evolusi Industri Insurans Malaysia Merentas Zaman

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sektor insurans di Malaysia memainkan peranan penting sejak era sebelum kemerdekaan sehinggalah ke hari ini dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada individu dan perniagaan, menggerakkan modal dan bertindak sebagai faktor penstabil semasa krisis ekonomi.

RYT Bank Rai Ulang Tahun Pertama Operasi, Capai 1.5 Juta Pelanggan

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ryt Bank meraikan ulang tahun pertamanya selepas mencapai lebih 1.5 juta pelanggan, sekali gus menjadikannya sebagai bank digital terbesar di Malaysia hanya dalam tempoh setahun beroperasi.

Pantun Beri Maksud Mendalam Kerjasama Perniagaan Tealive-Dutch Lady

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Serangkap pantun, dua jenama pengguna yang terkenal dan seruan untuk kerjasama perniagaan yang lebih kukuh, digabungkan menjadi satu di majlis pelancaran kolaborasi minuman tenusu sedia diminum oleh Tealive dan Dutch Lady Malaysia hari ini.