13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menjangkakan berdepan tekanan ketara terhadap prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2026 berikutan kenaikan berterusan harga bahan api.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat kepada RM1.94 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 (suku kedua 2026) berbanding RM1.89 bilion dalam suku kedua 2026, disokong oleh prestasi menyeluruh merentasi semua perniagaan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd (IOI Corp) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM1.68 bilion daripada RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber dan perladangan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM2.15 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh asas domestik yang berdaya tahan walaupun sentimen berhati-hati ketika musim pengumuman keputusan kewangan pada masa ini yang mungkin mengehadkan kenaikan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal mendatar pada tengah hari ini berikutan pelabur terus berhati-hati dalam musim pelaporan prestasi kewangan dengan memantau pencapaian pendapatan, trend kualiti aset dan prospek korporat.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kini memasuki fasa baharu bagi memperkukuh pendedahan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Kualiti aset dan sumber keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi antara ukuran utama dalam menilai kekuatan kewangan institusi itu, selain kadar agihan keuntungan kepada pendeposit, kata pakar ekonomi.