BERITA TERKINI   Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dua kenderaan di KM 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Dungun petang tadi - Polis | Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | 

Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluaran getah"

Pasaran Getah Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Dengan Kecenderungan Sedikit Meningkat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka kekal stabil minggu depan dengan kecenderungan sedikit meningkat memandangkan tekanan ke arah kenaikan atau penurunan harga dijangka minimum.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Penambahan Semula Stok

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka mencatatkan aliran peningkatan minggu depan, disokong oleh aktiviti penambahan semula stok menjelang musim monsun pada November, Disember dan Januari.

Belanjawan 2027 Perkukuh Daya Tahan, Perubahan Sektor Sarung Tangan Getah – MARGMA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pengeluaran Getas Asli Malaysia Meningkat 9.6 Peratus Pada Ogos

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.6 peratus kepada 29,510 tan pada Ogos 2026 daripada 26,926 tan pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kenaikan IPG Kepada RM3.30 Sekilogram Bantu Tampung Kos Pengeluaran Pekebun Kecil Getah

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kenaikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 dilihat dapat membantu menampung sebahagian kos pengeluaran dan memberikan sokongan tambahan kepada pendapatan pekebun kecil.

Kerajaan Sedia Pembiayaan Mudah RM200 Juta Bagi Kos Tanaman Semula Sawit

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah bernilai RM200 juta kepada pekebun kecil bagi membiayai kos penanaman semula kelapa sawit dengan keluasan kawasan sehingga 40 hektar.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka mengalami ketidaktentuan dari segi penawaran dan permintaan pada minggu hadapan, dengan harga berkemungkinan meningkat sebelum stabil, ia banyak bergantung pada keadaan cuaca, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Permintaan Lemah China, Kebimbangan Bekalan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan permintaan yang lemah dari China walaupun kebimbangan terhadap gangguan bekalan memberikan sokongan kepada harga, kata peniaga.

Tiada Pembayaran IPG Bagi September 2026 - LGM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi September 2026 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) melebihi RM3.00 sekilogram.

Belanjawan 2027: NASH Gesa Pengukuhan Tanaman Semula Kelapa Sawit, Sokongan Pembiayaan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH) menggesa kerajaan supaya memperkukuh program tanaman semula, meningkatkan produktiviti pekebun kecil serta memperluas akses pembiayaan bagi sektor kelapa sawit dan getah menerusi Belanjawan 2027.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki niaga hadapan getah serantau dan pengeluaran getah asli domestik, kata seorang peniaga.

Kerajaan Teliti Usaha Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil, Pastikan Agrikomoditi Pacu Ekonomi - PM Anwar

PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti usaha bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.