BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

Terdapat 34 berita berdasarkan kata kunci carian " pengarah urusan"

RedPlanet Catat Prestasi Baik Pada Hari Pertama Penyenaraian Di Pasaran ACE, Dibuka Pada 27 Sen

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perusahaan, RedPlanet Bhd mencatatkan prestasi memberangsangkan pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah daripada Pasaran LEAP.

Lembaga Pelabuhan Labuan, Perbadanan Labuan, Megah Port Bekerjasama Pacu Pelancongan Kapal Persiaran

Oleh Jailani Hasan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Perbadanan Labuan dan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) bekerjasama bagi memperkukuh pembangunan pelancongan kapal persiaran di Labuan.

Penang Port Laksana Rangkaian Spektrum 5G, Pertama Di Malaysia

BUTTERWORTH, 17 Okt (Bernama) — Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang melaksanakan rangkaian 5G persendirian menggunakan spektrum khusus, satu pencapaian penting dalam transformasi digitalnya ke arah menjadi pelabuhan pintar.

AI, Perdagangan Digital Luas Peluang Eksport PMKS Malaysia Ke Pasaran Global – Alibaba.com

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerjasama antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan Alibaba.com penting untuk membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran global, khususnya industri halal, menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan platform perdagangan digital.

Nexgram Lantik Pemegang Saham Utama Henry Cheang Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Nexgram Holdings Bhd mengumumkan Henry Cheang Soon Siang sebagai pemegang saham utama selepas mengambil alih 55.97 juta saham biasa, menjadikan jumlah pegangannya sebanyak 65.97 juta saham, mewakili 6.75 peratus daripada keseluruhan saham mengundi terbitan syarikat itu.

BYD Sime Darby Motors Sedia Sembilan Kenderaan Elektrik Untuk Transport Expo Asia 2026

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- BYD Sime Darby Motors menyediakan sembilan kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong penganjuran Transport Expo Asia (TXA) 2026 sekali gus membolehkan para perwakilan antarabangsa merasai sendiri teknologi mobiliti elektrik syarikat berkenaan.

SAIC Motor Malaysia Lancar SUV Pemasangan Tempatan MG ZS Bulan Ini Bermula Dari RM105,000

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor Malaysia) merancang untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan (CKD) MG ZS untuk pasaran Malaysia menjelang akhir Oktober, yang melibatkan dua varian iaitu MG ZS 1.5 Turbo dan MG ZS Hibrid+.

STS 2026 Sasar Peningkatan Pelaburan 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026) menyasarkan peningkatan pelaburan tahunan sebanyak 30 peratus berbanding 2025, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab teknologi dan bakat utama di Asia Tenggara.

MCE Raih Kontrak RM23.29 Juta Bekal Komponen Elektronik Automotif Kepada Firma AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, unit MCE Holdings Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM23.29 juta daripada pembekal komponen automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Signify Perkukuh Pengedaran Di Malaysia, Pacu Pencahayaan Pintar Dalam Segmen Pengguna

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat pencahayaan global, Signify sedang mempertingkatkan kehadirannya secara dalam talian dan inisiatif pengedarannya di Malaysia bagi memacu penggunaan penyelesaian pencahayaan terhubung, susulan potensi pertumbuhannya yang ketara dalam segmen pengguna di negara ini.

Bahagian Awam IPO RedPlanet Terlebih Langgan 85.28 Kali 

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) RedPlanet Bhd mencatat terlebih langgan sebanyak 85.28 kali untuk orang awam Malaysia dengan sebanyak 7,031 permohonan bagi 1.77 bilion saham bernilai kira-kira RM336.72 juta.

Kinergy Peroleh Kontrak Elektrikal Pusat Data Bernilai RM47.5 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson.