18jam ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia.
1hari ago
Oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perasaan saya setiap kali menyediakan belanjawan negara ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu. Dari pagi hingga lewat malam, meneliti angka demi angka yang tidak pernah cukup untuk memenuhi semua keperluan negara. Setiap ringgit ‘direbut’ dan ‘dibahas’. Bantuan yang sangat diperlukan sesebuah keluarga pada hari ini terpaksa diimbangi dengan disiplin kewangan demi masa depan anak -anak mereka – satu tanggungjawab yang bukan mudah.
1hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peningkatan pelepasan cukai individu berserta penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi kumpulan berpendapatan sederhana M40 dalam Belanjawan 2027 boleh menyediakan pendapatan tambahan sehingga RM1,600 untuk kira-kira lima juta pembayar cukai, kata KPMG Malaysia.
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, diniagakan dalam julat RM4.07 hingga RM4.08 ketika pasaran memberi reaksi terhadap Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk terhadap prospek ekonomi Malaysia.
2hari ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Meskipun dalam keadaan landskap global yang mencabar, Belanjawan 2027 jelas menyediakan bahagian yang adil dan saksama untuk segenap lapisan masyarakat, kerana kerajaan amat memahami cabaran yang dihadapi rakyat dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 antara 4.2 peratus hingga 5.2 peratus dibuat setelah mengambil kira ketidaktentuan global termasuk isu yang masih bergolak di luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,000 daripada RM9,000 yang tidak disemak sejak 2010 yang akan memberi manfaat kepada golongan pertengahan (M40), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan antara RM120 juta hingga RM150 juta bagi menyokong langkah perlindungan berkaitan bil elektrik bagi tempoh September hingga Disember 2026, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsul Ahmad.
1bulan ago
SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengkaji semula pengenaan duti setem berdasarkan nilai tanah bagi perjanjian usaha sama (JV) antara pemaju perumahan dengan pemilik tanah, memandangkan ia dibimbangi boleh meningkatkan kos pembangunan dan akhirnya menjejaskan kemampuan perumahan di Sarawak.