18jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengalu-alukan penyertaan Proton Holdings Bhd (Proton) sebagai rakan mobiliti rasmi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Syarikat bahan termaju Malaysia, Vertex Material yang membangunkan bahan komposit berasaskan tembaga untuk aplikasi perindustrian, muncul sebagai syarikat unicorn (gergasi) baharu selepas mencapai penilaian kira-kira US$7 bilion (US$1=RM4.08).
1hari ago
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Serai Johawaki menyasarkan pembukaan Serai Estate di Ipoh sebagai hab strategik pertama kumpulan itu di luar Lembah Klang menerusi pelaburan kira-kira RM15 juta, sebelum kumpulan itu mengembangkan operasinya ke Pulau Pinang dan Johor.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) telah mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan dasar lebih ketat dan menyelaraskan surcaj ke atas urus niaga e-dagang rentas sempadan, termasuk penguatkuasaan cukai jualan lebih tegas terhadap barangan bernilai rendah bagi menjamin hasil negara.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Industri kayu negara terus memberi sumbangan penting kepada eksport negara dengan nilainya mencecah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2026 manakala purata nilai eksport tahunan melebihi RM20 bilion.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Jenama yogurt beku tempatan, Yobe Malaysia menyasarkan pembukaan 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh negara sehingga akhir 2027, tiga bulan selepas pelancaran rasmi pasarannya pada Jun tahun ini.
6hari ago
GEORGE TOWN, 12 Sept (Bernama) -- Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), subsidiari milik penuh Bank Rakyat, melancarkan aplikasi mudah alih MyARX sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh transformasi digital perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.
8hari ago
KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil inisiatif menyediakan Hab Digital Niaga Terengganu bagi memperkukuh keupayaan usahawan tempatan serta memperluas pemasaran produk mereka menerusi platform digital.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.
14hari ago
KOTA KINABALU, 3 Sept (Bernama) -- Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd berkembang melangkaui perkakasan rumah tradisional melalui 'Sharp Connect 2026', mempamerkan ekosistem penyelesaian pintar dan lebih berhubung untuk tempat kerja, pendidikan, hospitaliti serta sektor lain.