35minit ago
KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Sabah terus mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi ketibaan pelancong dari China dengan jumlahnya meningkat sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
39minit ago
KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menjelang 2030 daripada 700 MMscfd ketika ini, susulan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir, termasuk empat medan gas baharu.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneroka kerjasama dengan Persatuan Emas Malaysia (MGA) bagi menghasilkan produk emas bertemakan Malaysia sebagai pendekatan baharu untuk mempromosikan identiti dan destinasi pelancongan negara.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.5 daripada 134.9 pada Ogos 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia susut 2 peratus tahun ke tahun kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 daripada 73,041 unit pada bulan sama tahun lepas.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia berpotensi meningkat sebanyak 25 mata asas pada 2027 didorong oleh jangkaan bahawa kadar faedah global terus meningkat, menurut MBSB Research.
4jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Seramai 80 usahawan wanita termasuk 20 dari luar negara akan membuka reruai di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2026) menerusi Inisiatif Women in Export (WiEX) yang diperkenalkan buat julung kali sebagai komponen teras strategik pameran itu.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik berikutan kebimbangan mengenai bekalan minyak mentah dari Asia Barat yang mereda, meningkatkan kecenderungan pelabur untuk mengambil risiko.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengalu-alukan penyertaan Proton Holdings Bhd (Proton) sebagai rakan mobiliti rasmi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Menurut pakar dari Malaysia dan Jepun, teknologi baharu yang sedang berkembang seperti Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC), penghasilan hidrogen menggunakan tenaga angin, dan penyelesaian maritim hijau berpotensi membuka peluang baharu bagi Ekonomi Biru Malaysia.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Usaha pelaburan swasta domestik berupaya menghidupkan semula aset usang selain dapat merancakkan ekosistem ekonomi setempat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
17jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kelemahan harga minyak soya, kata seorang peniaga.