5jam ago
ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Penggunaan 52 pengangkut kontena elektrik (e-PM) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka meningkatkan kecekapan operasi selain mempercepatkan peralihan pelabuhan itu ke arah operasi terminal yang lebih mesra alam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan Pulau Carey dan Midport tidak akan menjejaskan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kerana setiap pelabuhan mempunyai pengkhususan dan konsep pembangunan berlainan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
17hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
SEGAMAT, 21 Sept (Bernama) -- Syarikat penyedia perkhidmatan logistik dan pengangkutan Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd bercadang membangunkan sebuah mini pelabuhan darat menggunakan landasan sisi di Stesen Kereta Api Mengkibol, Kluang bagi memenuhi keperluan pengangkutan kargo berasaskan rel di kawasan tengah dan timur Johor.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu memberi keutamaan sokongan serta bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam ekosistem logistik, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
SEGAMAT, 20 Ogos (Bernama) -- Segamat Inland Port (SIP) menyasarkan pengendalian lebih 6,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena hingga akhir tahun ini selepas kembali beroperasi pada akhir Jun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengendali pelabuhan di Malaysia bakal meraih manfaat daripada pertukaran laluan perdagangan dan peningkatan aktiviti pemindahan kapal walaupun kos logistik melonjak, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli.
2bulan ago
KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.
2bulan ago
PORT DICKSON, 14 Julai (Bernama) – Pembangunan Pelabuhan Midport di sini bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital dan maritim sekali gus meningkatkan keupayaan negara memenuhi permintaan perdagangan global yang semakin berkembang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pelabuhan, syarikat perkapalan dan pemilik kargo kini menghadapi tugas berat untuk memulihkan rantaian bekalan global dan menyelesaikan lambakan kapal dan kargo yang terkumpul di Selat Hormuz dan sekitarnya susulan konflik yang berlaku sejak beberapa bulan.
2bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 10 Julai (Bernama) -- Selangor menyasarkan kerja pecah tanah bagi cadangan terminal pelabuhan ketiga di Pulau Carey dapat dimulakan seawal September ini, tertakluk kepada kelulusan lesen pelabuhan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT), ketika kerajaan negeri sedang memuktamadkan pemilihan bakal pengendali terminal berkenaan.