Terdapat 111 berita berdasarkan kata kunci carian " produk"

Usahawan Muda Selangor Digesa Kembangkan Perniagaan Ke Pasaran ASEAN - Tengku Amir Shah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Usahawan muda di Selangor perlu melihat melangkaui pasaran domestik dan menjadikan bandar-bandar ASEAN seperti Jakarta, Bangkok, Manila dan Ho Chi Minh City sebagai destinasi semula jadi untuk mengembangkan perniagaan.

STS 2026 Sasar Peningkatan Pelaburan 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026) menyasarkan peningkatan pelaburan tahunan sebanyak 30 peratus berbanding 2025, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab teknologi dan bakat utama di Asia Tenggara.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Empat Hari Berturut-turut, Belian Harga Rendah Berterusan

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Indeks Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut apabila ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti pembelian saham ketika harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan, dengan pasaran kekal dalam wilayah positif sepanjang sesi dagangan.

Perak Sumbang RM12.29 Bilion Daripada Jumlah Perdagangan Negara Bagi Tempoh Jan-Ogos 2026

IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Perak menyumbang sebanyak RM12.29 bilion atau 0.5 peratus daripada jumlah perdagangan negara dengan peningkatan sebanyak 7.6 peratus sepanjang Jan hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama pada 2025.

MIDA Hubungkan 25 Firma Tempatan Dengan Syarikat TNB Teroka Peluang Dalam TBB

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menghubungkan 25 syarikat pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dengan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) dan TNB Renewables Sdn Bhd untuk meneroka peluang dalam rantaian bekalan tenaga boleh baharu (TBB).

Ekonomi Sabah Berkembang 5.1 Peratus, KDNK Cecah RM88.8 Bilion - Hajiji

KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan Disaran Perluas Potongan Cukai Bagi Insurans Penjagaan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran memperluas skop potongan cukai bagi menggalakkan penawaran produk insurans penjagaan jangka panjang, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang menjaga warga emas.

Belanjawan 2027: Firma Semikonduktor Tempatan Perlu Perkukuh Rantaian Nilai -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Pelabur Di Malaysia Perlu Dinilai Berdasarkan Kualiti Pekerjaan, Layanan Terhadap Wanita

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelabur di Malaysia perlu dinilai berdasarkan kualiti pekerjaan yang diwujudkan serta cara mereka melayan pekerja, khususnya wanita, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Belanjawan 2027 Perkukuh Daya Tahan, Perubahan Sektor Sarung Tangan Getah – MARGMA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Kerajaan Sasar Bentang Undang-Undang Anti 'Rent-Seeking' Pada 2027

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan kepada perundangan berkaitan bagi membanteras amalan ‘rent-seeking’ dan fenomena Ali Baba untuk dibentangkan di Parlimen pada 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.